Alhamdulillah, Pegawai Outreach KDMRS Muslim, Ustaz Salleh, dan Ustazah Amimi telah menghadiri Program Ziarah D’Bayu dengan kerjasama rakan NGO yang lain. Program ini disempurnakan oleh Pengerusi Badan Dakwah Daerah Kota Marudu, Tuan Jasri, dan turut dihadiri oleh isteri beliau. Semoga ukhuwwah semakin diperkukuh, dan perlu ditekankan bahawa majlis ini juga dihadiri oleh masyarakat non-Muslim. Kesemua ini merupakan untukย mewujud ukhwah yang positif. Alhamdulillah. Semoga program seumpama ini akan terus diadakan dan dapat mempererat lagi hubungan silaturrahim antara penduduk setempat.